sesuai dengan tajuk blog aku lah kan. aku memang pakar mengarut. kalau korang percaya, tak de kena mengena dengan aku ye. hari ni, aku nak mengarut bukan pasal baik buruk kahwin awal pon. saja aku letak tajuk tu. macam power kan?
Sebenarnya aku nak mengarut pasal FORUM yang berkenaan dengan tajuk entry aku ni. Indahnya Kahwin Muda, Kahwin vs Belajar, ijazah vs surat nikah atau apa-apa lagi lah forum yang berkaitan sbb selalunya diorang ubah-ubah tajuk je. makna sama. confirm. semua nak cerita pasal kahwin masa study selalunya. dahsyat sangat sekarang, berlambak FORUM mcm ni terutamanya di kolej-kolej atau universiti2 yang islamik. sebab? mungkin nak bantu pelajar memilih kot, nak kahwin ke nak belajar.
senang cerita aku cakap, setiap orang ada pendapat masing-masing dalam soal ni. ahli panel sendiri pon, ada yang setuju kawin awal dan ada yang tidak. so benda macam ni memang based pada pendapat masing-masing. jadiknya, aku rasa pihak penganjur perlu slow downkan forum2 mcm ni. sebab?? sebab aku rasa semua orang dah bosan. dahla diwajibkan pihak universiti untuk hadir, then bila masuk forum tu seolah-olah tak dapat jawapan pasti pon.
banyak-banyak program aku pergi, semua jenis cerita pengalaman kahwin awal, kahwin masa study. tambah pulak cerita-cerita bajet sweet suami isteri. ayat aku mcm jeles kan? memang jeles pon! yela kita tak kahwin lagi. panas doh panas. rasa tak bila kita keluar dari forum mcm tu, kepala otak berangan-angan nak dapat suami soleh, isteri solehah?? benda mcm ni tak membantu pelajar macam aku ni nak serious dalam hidup la. jujur aku cakap, buang masa.
Better la you all penganjur, buat forum gempak sikit. Kiamat, bersediakah kita? or peranan Multimedia dalam dakwah ke?(bidang aku ni) atau apa-apa Forum berkenaan politik yang kian menggila kat negara kita ni. ubahlah. ajar rakyat dan anak muda Malaysia berfikir benda-benda serious. kahwin bukan tak serious,,, tapi terpulang pada diri la yang tu kan. jodoh u sampai, u kahwin, belum sampai doa la banyak2.
ok lah. panjang aku mengarut ni. korang nak setuju ke tak, aku tak kisah pon. ok sampai jumpa lagiii...
(ada kelas :D )
No comments:
Post a Comment