Wednesday, 18 November 2015

Mimpi

Beberapa tahun ini aku sedar satu perkara,
Tidur aku tidak pernah lena,
Sering terbawa dgn minda yg tak henti berfikir,
Buat aku penat dan tenat,
Dalaman aku terasa sesak dan menyesakkan,
Tiada tenang yg menang,
Hanya masalah pelbagai yg dikenang.

Mimpi yang dtg seolah dicipta oleh minda aku sendiri.
Tapi bila difikirkan semula, tiada pula angan yg begitu aku cipta tika sedar.
Dari mana datangnya mimpi2 yg seolah hidup itu?
Adakah dtg dari lubuk hati aku yg tak pernah aku selami?
Entah la.

Yg pasti,
Aku adalah manusia yg penat.
Penat mengawal hati dan perasaan.
Penat mengawal akal dan fikiran.
Kesemuanya seolah olah tidak langsung mahu mendengar kataku.
Tidak mahu menuruti ku.
Membiarkan aku sentiasa rasa serabut.
Terbeban.
Tiada keikhlasan.
Tiada kejujuran.
Apatah lagi kesabaran.

Ya aku sedar.
Aku perlu belajar.
Belajar mengawal akal dan hati ini.
Kerana aku tahu itu yg utama.
Untuk capai segalanya.

Jujurnya aku telah cuba.
Tapi cubaan aku sering terhenti di tengah jalan.
Mengundurkan aku ke permulaan semula.
Penat.
Rasa diri tak kuat.
Dan aku juga sedar.
Telah jauh aku tinggalkan Tuhan.
Bukan ibadah fizikal tapi perasaan.
Dalaman aku.
Aku sedar aku tak bawa Dia dalam hati.
Aku sedar aku tak berusaha mencintai Nya dengan tulus ikhlas.
Aku sedar tiada zikir tanda ingatan aku pada Nya.
Pada rasulNya.
Aku gagal lagi.

Ada sesuatu yg menggagalkan aku.
Ada sesuatu yg menghalang aku.
Aku tak tahu.
Aku tak pasti.
Aku juga keliru.
Tapi aku yakin, memang ada sesuatu.

Adakah sebab derhakaku pada mak?
Ketidak ikhlas aku mendengar katanya?
Dari mana harus aku cari ikhlas itu?

Argghhhh
Terlalu banyak yg bermain disini.
Di akal dan minda ini.
Di hati dan perasaan ini.

Allah.. Allah..
Akhirkan aku dengan beriman padaMu.
Pegang hatiku smpai akhir hayatku.
Ampunkan aku.
Dosa-dosa ku yg tak terhitung banyaknya.
Jauhkan aku dan keluarga dari azab api neraka Mu ya Allah......

Sunday, 8 November 2015

Jalan Itu.

Ada satu jalan.
Yang PASTI membawa manusia menuju kebahagiaan. 

Di sepanjang jalan itu,
Terlalu banyak ujian dan cabaran,
Tentunya perit dan menyakitkan.

Di dalam perjalanan,
Ada yg lari lintang pukang,
Ada yg tersungkur menyembah bumi, 
Ada yg segera mengebar bendera putih,
Tanda mereka tewas,
Menghadapi ujian yg mendatang,
Tanda mereka tidak lagi yakin,
Dengan janji di seberang.

Namun,
Ada juga yang tetap gagah,
Mencari pengakhiran perjalanan,
Seolah-olah ujian hanya mainan,
Walaupun terpaksa mengheret kaki,
Menanggung pedih luka dan darah,
Bukti mereka tetap dijalan ini,
Bukti mereka yakin dgn anugerah,
Yg dijanjikan di penghujung jalan. 

Anugerah yg tidak ternilai dengan angka,
Tidak dapat digenggam dgn tangan,

Tapi dapat dilihat dengan mata hati,
Dapat dirasa dengan jiwa.

Anugerah? 
Kebahagiaan. Ketenangan. Dan kedamaian jiwa. Itulah anugerah yg tidak ternilai harganya. Tidak terhitung kebaikannya. Tidak tercapai oleh akal tanpa merasainya. 

Apakah jalan itu?
Itulah jalan mujahadah.
Jalan menuju cinta hanya kpdNya,
Cinta suci yg abadi,
Itu pasti.

Aku berdiri di persimpangan, 
Separuh hatiku menjerit,
meminta langkah ku menuju jalan itu. 
Sedang separuh lagi diam membisu,
Berkira-kira mahu disini saja.

Aku masih disini. 
Memerhati manusia di sekelilingku,
Ada yg masuk dan keluar semula,
Membatalkan perjalanan yg sudah bermula. 
Ada yg masuk dan tidak kembali,
Pasti sudah bertemu destinasi bahagia yg dicari. 
Ada juga yg hanya berdiri memerhati, 
Seperti aku yg masih disini. 

Jalan itu.
Bila akan ku gagah melalui?
Sempatkah aku smpai ke destinasi?
Sebelum nyawa dicabut dari jasad ini.