Tuesday, 30 December 2014

Allah itu adalah apa yang kita sangka padaNya..



Catatan Matluthfi

tak dan 24 jam, selesai baca buku dia. untungla aku pasai dia guna loghat utara. :)

aku perasan satu benda la.

 kalau kita membaca, kita terisi.

Bila terisi, kita penuh.

Bila penuh, kita nak buang.

Bila nak buang, kita cari tempat.

 Bila cari tempat, kita jumpak

Bila jumpak, kita pon buang.

 Sini la aku rasa nak membuang mengarut aku.

Kbai. Tu ja mengarut aku hari ni.

# akan tetapi, tidaklah aku katakan buku MatLuthfi lah yang memenuhkan otak fikiran aku. tapi tetap mahu kuungkapkan, tidak ku rasa sia-sia  membelinya. :D #

dah, pi semayang asaq!


Karangan Perihal Diri untuk MARA

Perihal Diri, Perancangan Pengajian dan Kerjaya

Saya Jahirah Juwairiyah bt Abdul Latif merupakan pelajar lepasan Asasi Teknologi Maklumat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) dan kini menyambung pengajian ke peringkat ijazah di kolej yang sama. Saya dilahirkan pada 26 Ogos 1992 dan kini umur saya mencecah 22 tahun. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengas dan kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang agama di Sekolah Menengah Islam Darul Ulum yang terletak di perkampungan Pokok Sena di daerah Alor Setar. Dengan Sijil Shahadah (Arab)  yang saya perolehi, saya tidak mampu menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi memandangkan sijil saya tidak diiktiraf di Malaysia. Ketika umur saya mencecah 20 tahun iaitu pada tahun 2012, saya telah mendaftarkan diri sebagai calon SPM di Sekolah Menengah Tengku Mahmood. Berbekalkan SPM yang saya perolehi, saya kemudian menyambung pelajaran saya di kolej yang telah saya nyatakan di atas. Ayah kandung saya Abdul Latif b. Che Din telah meninggal dunia ketika saya di tingkatan 4 manakala ibu saya, Rosliza bt. Rasidi menyara saya dan 5 orang adik-beradik dengan berniaga sendiri.
Melihat minat saya yang agak mendalam kepada dunia teknologi serta kekurangan pakar teknologi maklumat dalam kalangan umat Islam telah memberi semangat kepada saya untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Kemahiran-kemahiran yang sedang dan bakal saya perolehi dalam semester ini dan semester-semester akan datang, akan saya manfaatkan sebaik mungkin. Saya sangat bercita-cita untuk menyampaikan dakwah saya melalui medan teknologi yang kini menjadi suatu keperluan kepada masyarakat seluruh dunia. Setelah menggenggam segulung ijazah, saya juga berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.
Berkenaan soal kerjaya, saya tidak terfikir untuk berkerja sepenuhnya di syarikat-syarikat sedia ada sebaliknya saya berhasrat untuk membina sebuah perniagaan sendiri. Dengan kemahiran yang saya perolehi, saya ingin membuka sebuah pusat komputer yang menawarkan pelbagai khidmat seperti pengaksesan Internet, kursus-kursus berkaitan komputer dan sebagainya. Saya juga berharap khidmat saya dalam projek-projek berkaitan Multimedia diperlukan walaupun saya tidak bekerja di bawah syarikat-syarikat tertentu. Namun begitu, untuk mencapai kejayaan ini saya sedar saya perlu mempelajarinya terlebih dahulu melalui pengalaman-pengalaman bekerja dengan orang lain. Perkara ini akan saya jadikan cabaran dan pengajaran sebelum membina kerjaya sendiri.

Sekian sahaja serba sedikit maklumat tentang diri, perancangan pengajian dan kerjaya yang ingin saya capai.


**Harap-harapnya, perkongsian aku ni dapat lah membantu u alls yang terpinga-pinga nak buat karangan untuk MARA.. :)

Tuesday, 2 December 2014

Kahwin Awal, baik atau buruk?

sesuai dengan tajuk blog aku lah kan. aku memang pakar mengarut. kalau korang percaya, tak de kena mengena dengan aku ye. hari ni, aku nak mengarut bukan pasal baik buruk kahwin awal pon. saja aku letak tajuk tu. macam power kan?

Sebenarnya aku nak mengarut pasal FORUM yang berkenaan dengan tajuk entry aku ni. Indahnya Kahwin Muda, Kahwin vs Belajar, ijazah vs surat nikah atau apa-apa lagi lah forum yang berkaitan sbb selalunya diorang ubah-ubah tajuk je. makna sama. confirm. semua nak cerita pasal kahwin masa study selalunya. dahsyat sangat sekarang, berlambak FORUM mcm ni terutamanya di kolej-kolej atau universiti2 yang islamik. sebab? mungkin nak bantu pelajar memilih kot, nak kahwin ke nak belajar.

senang cerita aku cakap, setiap orang ada pendapat masing-masing dalam soal ni. ahli panel sendiri pon, ada yang setuju kawin awal dan ada yang tidak. so benda macam ni memang based pada pendapat masing-masing. jadiknya, aku rasa pihak penganjur perlu slow downkan forum2 mcm ni. sebab?? sebab aku rasa semua orang dah bosan. dahla diwajibkan pihak universiti untuk hadir, then bila masuk forum tu seolah-olah tak dapat jawapan pasti pon.

banyak-banyak program aku pergi, semua jenis cerita pengalaman kahwin awal, kahwin masa study. tambah pulak cerita-cerita bajet sweet suami isteri. ayat aku mcm jeles kan? memang jeles pon! yela kita tak kahwin lagi. panas doh panas. rasa tak bila kita keluar dari forum mcm tu, kepala otak berangan-angan nak dapat suami soleh, isteri solehah?? benda mcm ni tak membantu pelajar macam aku ni nak serious dalam hidup la. jujur aku cakap, buang masa.

Better la you all penganjur, buat forum gempak sikit. Kiamat, bersediakah kita? or peranan Multimedia dalam dakwah ke?(bidang aku ni) atau apa-apa Forum berkenaan politik yang kian menggila kat negara kita ni. ubahlah. ajar rakyat dan anak muda Malaysia berfikir benda-benda serious. kahwin bukan tak serious,,, tapi terpulang pada diri la yang tu kan. jodoh u sampai, u kahwin, belum sampai doa la banyak2. 

ok lah. panjang aku mengarut ni. korang nak setuju ke tak, aku tak kisah pon. ok sampai jumpa lagiii...
 (ada kelas :D )


Wednesday, 17 September 2014

Pinjaman MARA dah buka!

        Akhirnya!!! Mara bukak juga. Syukur Alhamdulillah. tak tahu nak cakap apa. selepas bertawakal sepenuhnya tak nak ambik PTPTN tu hah, akhirnya MARA bukak. Banyak betul prosuder nak kena buat. step by step. boleh hang. tapi tu lah kan, susah susah dulu. nanti senang-senang la. moga Allah permudahkan. Amin

Sunday, 13 July 2014

Critical Thinking...

Hari ni aku nak cerita sikit pasal otak aku. kepala otak aku ni suka berfikir. Banyak benda yang aku fikir. Aku tengok tu, aku fikir. Bila aku fikir, akan tersusun ayat-ayat dalam minda aku ni. (Macam ada tukang taip pulak). Lepas fikir, aku capai fon untuk tulis apa yang aku rasa. Kadang-kadang tercipta satu nasihat setiap kali aku berfikir kemudian menulis. Tapi selalunya nasihat yang bolehlah dikatakan mengarut. Haha. Itulah sebab site ini aku jadikan sebagai tempat aku nak mengarut. Aku nak luahkan apa yang aku rasa dan…….aku harap, orang yang sama rasa dan fikiran dengan aku boleh join aku dalam ni. Kita boleh jadi geng. Geng critical thinking! Hahaha.

Okay, aku nak cerita apa yang aku fikir hari ni. Hari ni, aku ada usha sepasang suami isteri. Saling sayang menyayangi.(puii, geli pulak aku, haha) nak dijadikan cerita, bila si suami sedih, dia tak suka isteri dia gembira-gembira. Ada ka patut? Ye, memang sehidup semati, lautan api sanggup ku renangi, suka duka bersama, bla bla bla….

(ok dah puas aku mengarut, kita masuk sesi nasihat pulak)

 tapi!! Cuba kita fikir logic la kan,
Suami ada masalah (moody) – isteri pon sedih (moody)-(bila jumpa kawan dlm keadaan moody semua kengkawan nak dimoodykannya) kawan bengang, marah isteri balik – isteri bengang kena marah ngn kawan (balik marah suami balik) – suami bengang (masalah + isteri marah) suami meletup.

Hah, macam-macam kan. Ni nasihat mengarut dari aku, please everyone be matured. Matang sikit beb. Fikir logik la. Fungsi pasangan kita tempat berkongsi masalah untuk dia faham keadaan kita dan nasihatkan kita. Bukannya untuk turut rasa bermasalah macam kita. Orang yang menghadapi masalah suka buat keputusan melulu so……our partner yang takde masalah tulah sebagai pembantu.


Ok, here I’m done. Just be the good person you always had to be. K byee. Tata.. :D

bukan yang pertama dan yang terakhir....

    Alolo.. so sawit tajuk entry. haha. hai everyone. firstly, walaupun ini site untuk aku mengarut, aku still kena mulakan ruangan ini dengan ucapan syukur kepada Allah dan juga dengan lafaz keramat بسم الله الرحمن الرحيم .
     this is not my first entry sebab aku dah ada blog pon sebelum ni and this is not my last entry because aku ada banyakkkk lagi benda nak mengarut kat sini. aku harap sesiapa yang tersinggah blog ini sudi lah join baca and komen mengomen kat sini. sama-sama kita mengarut. mengarut yang ada faedah. that's my point! let's start!!