Sunday, 28 June 2015

Tajuk: Cabai Melaka


Oleh: Juwairiyah Abdul Latif

"malu la mak. Orang tu dah kawen ka belum?" soal Mashitah kalut.
"nak malu apa. Anak berderet dah aih dia tu. Pi la beli cepat satgi dia balik." bebel ibunya.

Mashitah berjalan laju menghampiri motor yang sarat dengan barangan runcit dan mentah itu. Tidak dipandang wajah si penjual ikan yang sedang melayani pelanggan lain. Laju tangan mashitah mencapai semua barangan yang dipesan ibunya tadi. Satu persatu diingati. Cuma satu lagi. Cili padi. Matanya terus meliar ke sana sini.
"cari apa?" 
Soalan itu mematikan pencarian mashitah. Spontan berpaling memandang pemuda itu. Muda. Takkan anak dah berderet? Sempat lagi mashitah menyoal dlm hatinya. 
"cabai melaka tak dak?"
"hah, cabai melaka org xbeli. Orang tanam sendiri." balas pemuda tersebut sambil tersenyum.

Jawapan lelaki itu memeranjatkan mashitah. Betul ke orang tak beli cabai melaka? Kantoi aku tak pandai beli barang, bisik hati mashitah.
"err, yelah kira la", jawab Mashitah gugup.
Selesai akad jual beli, Mashitah terus berlalu masuk ke dalam rumah tanpa berpaling lagi. Malu.
**************************************
Beberapa minggu berlalu. Mashitah yang tinggal di asrama kini sedang bercuti. Terdengar bunyi 'pin pin' dari motor si penjual ikan. Tahulah mashitah yang dia mesti segera keluar sebelum jeritan ibunya bergema. Kasut disarung. Mashitah berjalan laju menuju ke 'kedai bergerak' itu. Seperti sebelum ini, Mashitah cekap mencari semua yang dipesan ibunya. Hari ini Mashitah perasan sesuatu.
'aik. Ada pulak cabai melaka hari ni', bisik Mashitah dalam hati.
"dah.. Kira la", ujarnya selepas selesai mengumpul semua barang yang diperlukan.
"cabai melaka tak mau?" tiba-tiba pemuda yang tadi hanya memerhati bersuara. 
Mashitah berpaling dan menjawab,
"cabai melaka orang tak beli. Org tanam." jawab mashitah pendek. 
Terkejut si pemuda dgn jawapan Mashitah. Kemudian dia tersenyum seolah baru mengerti sindiran Mashitah tadi.
"cepatlah kira", gesa Mashitah lagi. Terus pemuda tadi mengira harga barangan Mashitah dgn senyuman yg masih belum lekang dari bibir.

Usai membayar, Mashitah terus berjalan laju masuk ke rumah. Hatinya terasa berbunga dapat membalas jawapan itu dgn begitu lancar.
***********************************
Mashitah berjalan pulang ke bilik asramanya. Terasa penat seluruh badan. Tugasan di sekolah setiap hari Khamis pasti lebih memenatkan berbanding hari-hari biasa. Sebelum sempat merebahkan badan di atas katil, Mashitah terpandang sesuatu di atas mejanya.
'buku apa ni?' bisik Mashitah sambil membelek-belek buku tersebut.
"Perhiasan Dunia: Wanita Solehah" Itulah tajuk yang tertulis di kulit buku itu.
Mashitah menyelak helaian pertama, hanya ada suatu tandatangan yg tidak dikenalinya. Tiada nama atau apa-apa tanda dari siapa atau utk siapa. Mashitah pelik lalu memerhati sekeliling. 'Mai mana pulak buku ni', fikir Mashitah lama.
Hajat utk melelapkan mata terpaksa ditangguh memandangkan jam sudah hampir pukul 2.30 petang. Bila-bila sahaja ayahnya akan datang menjemputnya pulang ke kampung. Mashitah segera mengemaskan barang-barangnya. Buku tadi dicapai dan dipegang di tangan kanannya. Beg pula disebelah kiri. Mashitah terus turun ke tingkat bawah asrama. 
'Pasti ayah sudah menunggu', bisik Mashitah. Benarlah telahannya. Kelihatan Ust Shaari sedang setia menunggu di atas motor buruk miliknya. Mashitah terus menghampiri ayahnya. Tangan ayahnya dicapai dan dicium. Ust shaari pula menggosok kepala anaknya diiringi doa. Ust shaari terpandang akan buku yg dipegang Mashitah.

"buku apa tu?", soal ust shaari.
"tak tahulah ayah. Ada org letak atas meja Ita", jawab Mashitah sambil menghulurkan buku tersebut kpd ayahnya.

Ust Shaari terus membuka helaian pertama buku itu. Tatkala melihat tandatangan yang terukir kemas di muka surat itu, Ust Shaari tersenyum lebar.
'Inilah orang yg aku tunggu-tunggu', bisik Ust Shaari dlm hati.

Mashitah yang bingung melihat reaksi ayahnya mula bertanya.
"kenapa yah, ayah kenal ke tandatangan ni?"
Ust Shaari tidak menjawab sebaliknya terus mengajak Mashitah pulang.
"jom balik. Nanti mak hang tunggu lama', ujar ust Shaari sambil tersenyum. Mashitah hanya akur walaupun kebingungan masih menguasai dirinya.

*********************************
Majlis pernikahan berjalan lancar. Hanya dengan sekali lafaz, Mashitah telah sah menjadi isteri Zulkarnain. Gadis 18 tahun itu hanya akur dengan keputusan ayahnya yang menerima lamaran Zulkarnain. 
"Macam mana ayah tau buku tu dia yg bagi?" soal mashitah kpd ust shaari beberapa hari sebelum pernikahan mereka.
"Dia tu s/u ayah dlm pas kawasan. Awat plak ayah tak kenai tandatangan dia. Saja ayah dok tggu dia masuk minang hang", jawab ust Shaari dengan senyuman yg makin melebar. Dalam hatinya berbangga dapat bermenantukan Zulkarnain. Seorang pemuda biasa yg sangat menjaga agama, keluarga, dan jemaahnya. Sudah lama mereka berkerja bersama sejak dari Zulkarnain berusia 19 tahun sehingga kini Zulkarnain berusia 28 tahun. Ust Shaari sgt mengenali hati budi pemuda itu. Ya, jarak umur antara Mashitah dan Zulkarnain hampir sepuluh tahun tetapi itu bukan penghalang untuk mereka disatukan. Ust Shaari sendiri yg menikahkan mereka tadi. 
Selesai majlis, masing-masing pulang ke rumah. Mashitah masih belum berani memandang wajah suaminya itu. Terasa masih muda utk bergelar seorang isteri namun Mashitah kuatkan juga semangatnya. Terus teringat perbualan pertama mereka dulu, Cabai melaka. Mashitah ketawa sendiri. 'mcm mana nak layan ni?' fikir Mashitah runsing.

*****************************************
Keesokan harinya.
"Mashitah oo mai sini sat", jerit ibu mashitah di dapur. 
"ya awat nya?"
"ni hg ambik ayaq ni, hg bwk p masuk bilik hg. Pi lekaih", arah ibunya lagi.
"awat buat apa bawak masuk lam bilik cek?" soal Mashitah.
"hg pi jela. Satgi Zul nak mai mak soh dia masuk bilik hang", ujar ibu Mashitah.
"apanya mak.. Dia nak mai buat apa, bukan dok kenduri lagi.." Mashitah sudah tidak senang duduk. Macam mana ni..
"aku yg suruh dia mai. Hang p la lekaih. Nu dia mai dah", gesa ibunya lagi.
Mashitah terus membawa dulang berisi air teh o dan cawan itu ke biliknya. 'mak ni, pandai2 saja. Dah la dulu kata dia dah kawen anak berderet', bebel Mashitah dlm hati.
Tiba-tiba dia terdengar pintu dibuka. Sudah. Zulkarnain dah datang. Terus Mashitah menuang air ke dalam cawan.
"nak buat apa tu?" soal Zulkarnain pelik.
"lah, untuk minum la. Mak suquh", jawab Mashitah spontan. 
Zulkarnain mencapai cawan yg sudah berisi air tadi lalu dituang semula air ke dalam jug. Mashitah hanya memerhati. 
"minum dah kat rumah tdi. Satgi mak tanya cakap dh minum. Saja ja singgah sat ni. Nak pi pekan", ujar Zulkarnain.
Mashitah hanya mengangguk. 'best jugak laki aku ni. Boleh buat geng pekena mak..hehe', bisik Mashitah suka. Zulkarnain bangun mahu berlalu. Spontan Mashitah turun sama bangun menghulurkan tangan kanannya tanda mahu bersalaman. Zulkarnain yg seakan terkejut pada mulanya terus menyambut tangan Mashitah sambil tersenyum. Mereka kemudiannya beriringan keluar dari bilik Mashitah. Masing-masing tahu, pasti ibu Mashitah sdg menunggu di luar. 
"lah dah nak balik?" 
"sat ja singgah. Cek nak pi pekan", jawab Zulkarnain lembut.
"Mashitah, hg salam suami hg lekaih", arah ibunya. 
"dah la tadi kat dalam", jawab Mashitah selamba.
Zulkarnain senyum dan bergerak keluar. Mashitah menghantar suaminya smpai ke muka pintu. Dia hanya melihat suami yg baru dinikahinya itu meninggalkan kawasan rumah sampai hilang dari pandangan mata. 'itu syurga aku. Aku perlu jaga syurga aku, moga Allah beri aku kemudahan dan kekuatan', doa Mashitah dlm hati. 
Begitu juga di pihak yang satu lagi. Zulkarnain mula merasa manisnya perkahwinan. 'aku tak janji boleh hantar kamu ke syurga, tapi aku akan berusaha menghalang mu dari neraka', tekad Zulkarnain dalam hati. Alhamdulillah bahagia milik mereka. Habis.

-Ending pemalas ni. Hahahaha
Fakta: kisah cabai melaka, buku wanita solehah dan bwk air masuk bilik tu adalah kisah benar. That's my mother and my late father's love stories. Aku pinjam ja. Haha..

No comments:

Post a Comment